Mahir Masak Edisi Ramadan Bersama Chef Florence Tan
26 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 26 Februari 2026, dua orang peserta telah menyertai sesi Mahir Masak Edisi Ramadan bersama Chef Florence Tan melalui YouTube Studio Mahir. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik dan kemahiran memasak hidangan istimewa Ramadan, termasuk Menu Udang Masak Lemak Nenas dan Biskut Bijan Rangup yang mudah disediakan. Sesi ini juga membantu peserta memahami langkah-langkah penyediaan hidangan secara sistematik dan praktikal, sekaligus meningkatkan keyakinan mereka dalam menyediakan juadah yang berkualiti di rumah.
Sepanjang sesi berlangsung, peserta berpeluang mengikuti perkongsian tip dan teknik memasak secara interaktif dan mudah difahami oleh Chef Florence Tan. Program ini bukan sahaja membantu peserta meningkatkan kemahiran memasak, malah menggalakkan mereka mencuba resipi baru, memperkaya pengalaman memasak, dan menyediakan hidangan yang menarik serta berkhasiat untuk keluarga. Secara keseluruhannya, penyertaan dalam sesi ini diharapkan dapat memberi inspirasi serta membina keyakinan peserta untuk terus mengasah kemahiran memasak secara praktikal di rumah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: